Anwar allies :>

Anwar allies :>

Thursday 28 July 2016

Melayu Pulau Pinang tolak pentadbiran tokong dan DAP !


Inilah kenyataan yang sudah dijangka, Melayu Pulau Pinang (PP) tidak mahukan pentadbiran DAP kerana terlalu ditindas! Konsep yang dipegang DAP, ‘Malaysian Malaysia’ sedang diusahakan iaitu kesamarataan hak kepada semua kaum ! Cuma yang jelas sehingga kini, DAP Pulau Pinang memberi lebih keutamaan kepada bangsa mereka sendiri!

Keputusan kaji selidik yang diperolehi dari sumber Merdeka Center Research, mengesahkan peratusan Melayu tidak bersetuju DAP memegang pentadbiran negeri sebanyak 58% (Mac 2016) meningkat kepada 63% (Jun 2016). Begitu juga penilaian mengekalkan Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk sepenggal lagi, ORANG MELAYU TETAP TIDAK BERSETUJU! Sila ke laman blog kami untuk pendedahan slide Merdeka Center Research - https://lupikirlasendirik.blogspot.my/



 


Jika PRN tergempar diadakan pada jangka waktu terdekat ini, kemungkinan persaingan sengit dihadapi oleh DAP dan Pakatan Harapan berikutan 2 pertuduhan kes rasuah yang bersabit dengan Ketua Menteri (KM), Lim Guan Eng. Harapan Guan Eng cuma satu, MEMASTIKAN KAUM KERABAT DINASTI LIM KEKAL KETUA MENTERI !

Maka untuk mengelak kaum lain menjadi Ketua Menteri, DAP terpaksa bubar seluruh DUN PP kerana jika Guan Eng nanti masuk penjara, maka yang menjadi KM bukan datang dari keluarga dan kroninya. Untuk memastikan kroninya masih memegang kuasa , pembubaran DUN amat diperlukan. Anthony Loke dan Teresa Yap di antara pilihan DAP.

Namun demikian,  berdasarkan kaji selidik Merdeka Center,  majoriti memilih Chan Kon Yeow (Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang) untuk menggantikan TOKONG Guan Eng.  Dalaman DAP juga berkeceramuk kerana saling berbalah berebut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.  Chan dilihat lebih bersih berbanding mangkuk tingkat keturunan suku sakat Guan Eng !

Kalau pilih keluarga, segala pekung pentadbiran era Guan Eng boleh ditutup dari pejabat Ketua Menteri! Ahli DAP berjaya dikelirukan kononnya PRN diperlukan bagi menguji kekuatan pati walhal ia semata-mata melindungi keturunan dinasti Lim! KALDAI PAN telah memberi persetujuan supaya diadakan PRN di Pulau Pinang, PKR belum bersetuju dan tidak yakin kemenangan berpihak kepada mereka seperti PRU 13. Apakah Guan Eng akan bertindak meneruskan PRN tanpa persetujuan PKR? 



 Lu Pk La Sendirik !

No comments:

Post a Comment