Anwar allies :>

Anwar allies :>

Friday 27 February 2015

PENDEDAHAN SURAT DALAMAN PKR - KERAHAN AHLI MENJAHANAMKAN NEGARA PADA 7 MAC 2015 !

Assalamualaikum saudara sekalian,

Lagi pendedahan dari Pejabat Merchant Square ! Surat dari pejabat kepala hangguk Rafizi Ramli mengenai kerahan ahli parti PKR untuk turun berdemonstrasi di SOGO pada 7 Mac 2015. Setiap Cabang (Bahagian) dipaksa untuk peruntukan seramai 20 ORANG DARI SETIAP CABANG untuk turun menyalak pada perhimpunan membebaskan PELIWAT NOMBOR 1 NEGARA - ANWAR IBRAHIM !

Saudara-saudara nilaikan betapa bangsatnya PKR mengerahkan jentera mereka untuk mewujudkan keadaan tidak tenteram di negara ini.  Kamu ingat ini negara kepala bapak kamu punya ! Ini negara Malaysia yang ada undang-undang yang perlu dipatuhi.  

Orang-orang Melayu khususnya jangan jadi kaldai bangsat kepada kerahan tenaga parti PKR. Kami minta supaya pihak Polis untuk mengambil tindakan kepada kepala hangguk Rafizi Ramli sebelum perhimpunan ini berlangsung.




KAMI MINTA UMUM (KHUSUSNYA ORANG MELAYU) PERLU SEDAR PKR TELAH TERPESONG JAUH DENGAN PERJUANGAN MEREKA UNTUK MEMBEBASKAN ANWAR IBRAHIM !



KAMI DARI MERCHANT SQUARE AKAN TERUS DEDAHKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT DALAMAN PARTI PKR KEPADA UMUM UNTUK MEMBUKTIKAN PARTI INI ADALAH PARTI YANG BUKAN MEMPERJUANGKAN RAKYAT TETAPI SEBALIKNYA MENGHERET RAKYAT UNTUK MENJADI KELDAI TUNGGANGAN PELIWAT NOMBOR 1 NEGARA - ANWAR IBRAHIM !


Sunday 22 February 2015

PELAN #MARCH2FREEDOM #BEBASANWAR #KITALAWAN ! SKRIP LAPUK ANWAR IBRAHIM

Salam saudara sekalian,

Buat pertama kali siaran ini ke udara semula.  Tujuan kami menulis semula di ruangan ini untuk memaklumkan perancangan yang sedang direncanakan kumpulan Anwar dalam merangka strategi untuk membebaskan ketua mereka dari penjara Sungai Buloh.

Moga rakyat wajar melihat dan menolak kempen dakyah mereka ini kerana jelas ianya akan menjahanamkan kestabilan negara.

Perancangan kumpulan ini terbahagi kepada dua iaitu :-

KEMPEN DALAM NEGARA MENGHASUT RAKYAT
  1. Menggerakkan kempen gelombang pertama dan gelombang kedua sepanjang tempoh bulan Febuari dan Mac.  Setiap Cabang PKR akan digerakkan untuk melakukan ceramah bagi menguatkan momentum menghasut rakyat untuk turun berdemonstrasi di jalanraya pada 7 Mac 2015.
  2. 2 Designer yang salah satunya Johan Arif (Kepala Bana Malaysian Gags - https://www.facebook.com/MalaysianGags) telah dilantik menggerakkan kempen viral di internet dan sosial media.
  3. Golongan anak muda pula akan cuba dihasut untuk digerakkan berkempen berdemonstrasi dan dikepalai oleh Nik Nazmi (Ketua Mangkuk Angkatan Muda Keadilan).
  4. Ngo-ngo akan dikumpulkan untuk bersama-sama gerombolan binatang ini untuk turun di jalanraya pada 7 Mac 2015.
  5. Poskad March2Freedom sedang digerakkan.  PKR telah mencetak sebanyak 50 ribu kad dan akan diserahkan kepada Adun Penjara Sungai Buloh pada 1 Mei 2015.
  6. PKR juga merancang untuk mengadakan perhimpunan solidariti di luar penjara Sungai Buloh bagi meneruskan momentum mendesak pembebasan Anwar dari penjara.
  7. Pementasan teater, forum dan penerbitan video mengenai Anwar Ibrahim akan dipopularkan untuk menarik minat dan menagih simpati rakyat menyokongnya.
  8. Satu usul Parlimen juga akan diusulkan oleh seorang Ahli Parlimen Mangkuk PKR dalam mengutuk pemenjaraan Anwar Ibrahim.
  9. Kumpulan mangkuk Anwar juga merancang untuk mengadakan satu lagi demonstrasi secara besar-besaran pada 1 Mei 2015 dan menghasut rakyat untuk turun berdemo di jalanraya. Isu-isu lapuk akan terus dimainkan di media sosial hari demi hari untuk tanamkan kebencian kepada negara.

CAMPURTANGAN LUAR NEGARA DALAM KEMPEN MARCH2FREEDOM

Tidak cukup dengan menghuruharakan dalam negara,  kumpulan mangkuk Anwar menggerakkan kempen di luar negara dengan cuba mengumpulkan ahli politik,  akademik, aktivis dan agamawan di seluruh dunia dan mengajak mereka mengutuk sekerasnya pemenjaraan ke atas Anwar Ibrahim !

Paling meloyakan Anwar Ibrahim akan cuba dilobi oleh kumpulan ini untuk merangkul anugerah nobel.  Kami menyokong tapi lebih kepada anugerah PELIWAT NOMBOR SATU MALAYSIA !

PKR juga merancang untuk mengadakan demonstrasi di negara yang mana dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia sebagai memalukan imej negara Malaysia.

Sasaran seterusnya akan ditujukan kepada Shafee Abdullah untuk mendesak beliau dipecat dari jawatan Pengerusi Badan Hak Asasi Asean. Ini sekaligus akan memberikan imej buruk kepada badan kehakiman negara di mata dunia.

Memorandum juga akan dihantar kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendesak campurtangan luar negara ke atas negara ini. Jika dilihat apa yang sedang dan telah digerakkan oleh kumpulan ini,  jelas agenda terdesak kumpulan ini ialah :-
  1. Menghasut, meraih simpati dan menyampaikan mesej songsang kepada rakyat yang Anwar Ibrahim telah difitnah buat kali kedua.
  2. Sebaran viral dan program-program yang dirangka dibuat oleh kumpulan ini secara berterusan untuk memberikan mesej seakan ianya datang dari suara rakyat.
  3. Agenda utama mereka memberi tekanan dari dalam dan luar negara kepada negara sekaligus mendesak kerajaan supaya membebaskan Anwar Ibrahim.

MESEJ KEPADA KUMPULAN PENDESAK PEMBEBASAN ANWAR IBRAHIM

Kami akan terus mendedahkan perancangan demi perancangan kumpulan pendesak ini kerana agenda utamanya hanya untuk memperjuangkan Anwar si peliwat yang merosakkan negara.

PAS yang kini di bawah kuasa Datuk Seri Hadi Awang, tidak akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim setelah Anwar sendiri mahu menjatuhkan Hadi pada pemilihan kepimpinan PAS pada Jun 2015.  Reformasi 2.0 pada kali ini tidak akan semarak seperti tahun 1998 kerana PAS tidak akan menggerakan jenteranya untuk turun berdemonstrasi !

Kami tahu rancangan Anwar seterusnya ialah cuba mendapatkan simpati rakyat dengan mengatakan beliau mengalami sakit belakang dan lain-lain tipu helah seperti tahun 1998. 

Terbaru sememangnya berlaku perbalahan dalam kem Anwar sendiri,  yang mana Rafizi Ramli dan Nurul Izzah mahu Dato' Saifuddin Nasution melepaskan jawatan Pengarah Pilihanraya PKR dan memberi laluan kepada Nurul Izzah.  

Politik PKR adalah politik ganas yang mahu menjahanamkan negara ! Dari itu rakyat perlu sedar dan jangan mudah tertipu dengan dakyah perjuangan kumpulan pendesak pembebasan Anwar Ibrahim !

Saksikan parody khas Anwar Ibrahim merangka strategi untuk menghasut, menipu dan meraih simpati rakyat dalam mendapatkan sokongan menjahanamkan negara ! TOLAK DAKYAH SI PELIWAT NO 1 NEGARA - ANWAR IBRAHIM !


SILA LAYARI EDISI VIDEO TERBARU BLOG GEDUNGKARTUN.COM - https://www.youtube.com/watch?v=_aJYvgLgpRs


www.gedungkartun.com