Anwar allies :>

Anwar allies :>

Saturday 22 March 2014

Jelajah Reformasi 2.0 @ Jelajah Raja Propaganda Malaysia - Adun Penjara KAJANG - Datuk Seri Anwar Ibrahim


Salam saudara sekalian,

PRK Kajang akan berlangsung esok.  Hero Kajang Move si Datuk Seri ANWAR bakal jadi Adun Penjara Kajang tapi plan Kajang Move dengarnya nak di initiate kembali.  Dalaman PKR kini semakin bergolak dengan kem-kem pemimpin utama PKR seperti RAFIZI RAMLI,  Datuk SAIFUDDIN NASUTION dan AZMIN ALI yang masing-masing nak tunjuk hero jilat Datuk Seri ANWAR untuk pertahankan dan laungkan bahawa pemimpin keramat mereka tidak bersalah.


MASTERMIND JELAJAH REFORMASI 2.0 & NEW OPPOSITION LEADER

Mat PK lihat si RAFIZI RAMLI pulun merangka strategi Jelajah Reformasi 2.0.  Siap duk bahagi tugas untuk coordinate persiapan Jelajah Reformasi 2.0 kepada tukang balaci PKR si AKMAL NASIR dengan si HIDAYAT.  Mat PK tahu ramai dah berbulu dengan si RAFIZI RAMLI dalam PKR. RAFIZI telah merangka dengan artistic nya program ini membuat  sticker kereta motor, tshirt, banner,  logo dan paling terbaik akan ada satu buku yang ditulis sendiri oleh si RAFIZI RAMLI dinamakan Reformasi 2.0 : Kembalikan keadilan,  Hentikan Kezaliman !. Hebat saudara RAFIZI RAMLI,  Mat PK salute dengan perjuangan separuh mati hang kepada insan bernama Datuk Seri ANWAR IBRAHIM. Tapi ingat ! ramai lagi yang bersaing untuk berlagak hero,  salah seorangnya si AZMIN ALI yang berjuang lebih dari separuh mati tapi belum mampus ! Tapi kenapa hulubalang-hulubalang ini bertindak sedemikian. Memanglah semuanya kaki jilat tapi motif utamanya untuk merebut jawatan Ketua Pembangkang PAKATAN RAKYAT setelah Datuk Seri ANWAR IBRAHIM bakal meninggalkan jawatan tersebut dan memegang jawatan baru iaitu Adun Penjara KAJANG !.

GILA TALAK JAWATAN & PERJUANGAN MURNI HULUBALANG ANWAR

Belum habispun pilihanraya kecil KAJANG, pemimpin PKR sekarang melalak tentang Jelajah Reformasi 2.0. Puppet in the box - Datin Seri Dr. WAN AZIZAH tiada peluang lagi bermain dengan cucu barunya, tapi terpaksa menjadi mak turut perjuangkan suaminya yang kuat main touch & go ! Kesian Mat PK tengok dengan perjuangan Datuk Seri ANWAR IBRAHIM, sekali lagi kuli batak yang sewaktu dengannya kena naikkan momentum isu kes liwat II yang kian luput dimamah isu MH 370.  Tapi yang Mat PK sedihnya perjuangan-perjuangan ini bukannya tulus,  tapi lebih kepada mahu sesuatu yang ditimbal balik ! RAFIZI RAMLI pula menagih pengesahan sokongan direct dari Datuk Seri ANWAR IBRAHIM untuk fully support beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. NIK NADZMI NIK AHMAD pula sekarang duk pulun nak jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan. Datuk SAIFUDDIN pula dah penat sangat dah, dan lagipun sakit tunggu time saja, tapi yang Mat PK tahu sekarang dia pun sama duk deal dengan Tan Sri KHALID IBRAHIM,  you scratch my back,  i scratch yours !  Semua ini untuk merebut jawatan pada Kongres Nasional PKR pada bulan April 2014. 

PRK KAJANG & RAJA PROPAGANDA MALAYSIA & MASA DEPAN NEGARA

PRK Kajang yang akan berlangsung esok sememangnya akan berpihak kepada PKR,  majoriti kaum Cina masih menyokong kepada PKR dan PAKATAN RAKYAT.  Tapi wajar ingat saudara,  orang-orang Melayu perlu sedar akan siapa Datuk Seri ANWAR IBRAHIM. Jangan diperjudikan nasib negara ditangan individu ini.  Kepada Tan Sri Khalid, ini peringatan dari kami, Kajang Move untuk gulingkan kamu telahpun di reinitiate ! Kamu akan digulingkan oleh rakan-rakan kamu sendiri. Antara perancang utama adalah RAFIZI RAMLI,  Dato' SAIFUDDIN NASUTION dan Raja Propaganda si Datuk Seri ANWAR IBRAHIM ! Dato' SAIFUDDIN NASUTION jugalah individu yang membawa dokumen rasuah AZMIN ALI untuk diserahkan kepada seorang blogger terkenal di luar negara. Ingat AZMIN,  kamu juga dalam senarai orang-orang kamu sendiri.

PS : Kami di sini akan terus dedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam PKR dan PAKATAN RAKYAT, kepada yang menyokong terima kasih dan kepada yang tidak,  Lu PikiR LaSendirik ! Kami sisipkan satu video khas di tribute kepada insan  bernama Datuk Seri ANWAR IBRAHIM @ RAJA PROPAGANDA MALAYSIA !.  Kepada yang menyokong sebarkanlah cerita ini wajar umum faham siapa sebenarnya RAJA PROPAGANDA MALAYSIA !















Saturday 15 March 2014

KAJANG MOVE TO KAJANG PRISON !


Salam saudara sekalian,

Lama tak menulis, tapi banyak benda yang MAT PK dengaq, tapi sebelum itu MAT PK ucapkan taniah kepada Datuk Seri ANWAR IBRAHIM kerana memenangi anugerah keramat Adun Penjara Kajang untuk tempoh sepenggal. Calon pengganti PKR di Kajang pula adalah Datin Seri WAN AZIZAH,  hanyalah bayangan boneka kepada Datuk Seri ANWAR.


 

Tapi selepas sahaja Datuk Seri Anwar confirm bersalah,  ramai pula yang hendakkan kerusi Kajang,  salah sorangnya si mangkuk HEE LOY SIAN (Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan)  macam cilaka mintak supaya kerusi diberikan kepada calon orang CINA !. HEE juga membantah kerusi ini diberikan kepada Dr. WAN AZIZAH kerana rancangan tendang Tan Sri KHALID sudah kantui setengah jalan dan wajar diberikan kepada calon CINA dari PKR. Ini lah rupa paras si mangkuk HEE LOY SIAN.




ORIGINAL MASTERPLAN KAJANG MOVE !

Jika Datuk Seri ANWAR menang dalam kes liwat SAIFUL BUKHARI,  rancangan awalnya untuk mengugut Datuk Seri HADI AWANG dengan kes RM 2 juta oleh MOHD SHAMSUL. Dato' SAIFUDDIN NASUTION beri arahan kepada kuli batak PKR di Terengganu si ABDUL RAHMAN YUSOF untuk deal dengan Datuk Seri HADI AWANG.  Ugutan ditujukan kepada Datuk Seri HADI AWANG jika PAS tidak menyokong PKR di Kajang,  saman 2 juta akan diteruskan.  Tetapi jika Datuk Seri HADI AWANG sokong ANWAR di Kajang, maka saman akan digugurkan.

Jijik sungguh perancangan ANWAR,  dalam sesama kumpulan PAKATAN juga kamu mahu menikam dan pedajal.  Sedarlah orang-orang Melayu,  kamu diperbodohkan oleh individu bernama Datuk Seri ANWAR IBRAHIM.  
 

RAFIZI TAUGAY & JELAJAH REFORMASI !


Masterplan 
strategi Datuk Seri ANWAR IBRAHIM kini sedang giat dirancang oleh balaci-balaci PKR seperti RAFIZI TAUGAY dan RAHIM GHOUSE. Strategi dinamakan Jelajah Reformasi dan agenda perjuangan mahu memberi tekanan kepada kerajaan mengenai isu kes liwat SAIFUL BUKHARI.  MAT PK kesian isu kes Datuk Seri ANWAR hilang di mata umum disebabkan kes kehilangan pesawat MH 370. Program semata-mata dibuat untuk meningkatkan momentum rakyat untuk bangkit menetang kerajaan. MAT PK tengok tak habis-habis perangai si ANWAR yang hendakkan populariti ! Program Jelajah Reformasi dikhabarkan akan dibuat diseluruh negara bermula selepas selesainya PRK KAJANG hingga ke akhir bulan April 2014.

MAT PK seru agar rakyat berfikir semula dalam memilih bakal Adun untuk PRK Kajang. Ingat saudara-saudara sekalian,  apa yang diperjelaskan disini adalah perkara yang sebenar berlaku dalam PKR.  Datuk Seri ANWAR hanya mementingkan dirinya sendiri dan tidak memperjuangkan hak rakyat. Kajang Move hanya digerakan untuk menjatuhkan Tan Sri KHALID IBRAHIM dari memegang jawatan Menteri Besar Selangor. ANWAR terlalu angkuh hinggakan beliau yakin akan terlepas dari kes liwat SAIFUL BUKHARI, tetapi akhirnya tersungkur ke Kajang Prison !.

Fikir-fikirkanlah dan timbangkan dengan sedalam-dalamnya dalam memilih parti PKR dan PAKATAN RAKYAT untuk masa depan negara kita. Mat PK sisipkan ucapan keramat AZMIN ALI untuk renungan pembaca umum. Sekali lagi renungkanlah apa yang dicanangkan oleh pemimpin ini kepada rakyat di Kajang !

    

PS : MAT PK dengaq Datuk Seri ANWAR IBRAHIM kene kudis kat sebelah kanan dahi, dan di sebelah kiri dahi terkena jangkitan kurap ! Nasihat dari MAT PK ni lah bahana dok main touch & go dengan pelbagai bangsa dan negara. Renti-rentikanlah Latuk Seri ! 


Friday 7 March 2014

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Adun Penjara Kajang untuk tempoh sepenggal, Taniah Datuk !

Kesian tapi sekalung taniah penghargaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memenangi jawatan Adun Penjara Kajang untuk sepenggal sahaja. Kami akan masih menunggu kepulangan Latuk untuk 5 tahun akan datang !





PS : Nasihat dari kami jangan suka main touch & go nanti Latuk touchdown kat penjara lagi !. LUPIKIRLASENDIRIK LATUK !