Anwar allies :>

Anwar allies :>

Saturday 22 March 2014

Jelajah Reformasi 2.0 @ Jelajah Raja Propaganda Malaysia - Adun Penjara KAJANG - Datuk Seri Anwar Ibrahim


Salam saudara sekalian,

PRK Kajang akan berlangsung esok.  Hero Kajang Move si Datuk Seri ANWAR bakal jadi Adun Penjara Kajang tapi plan Kajang Move dengarnya nak di initiate kembali.  Dalaman PKR kini semakin bergolak dengan kem-kem pemimpin utama PKR seperti RAFIZI RAMLI,  Datuk SAIFUDDIN NASUTION dan AZMIN ALI yang masing-masing nak tunjuk hero jilat Datuk Seri ANWAR untuk pertahankan dan laungkan bahawa pemimpin keramat mereka tidak bersalah.


MASTERMIND JELAJAH REFORMASI 2.0 & NEW OPPOSITION LEADER

Mat PK lihat si RAFIZI RAMLI pulun merangka strategi Jelajah Reformasi 2.0.  Siap duk bahagi tugas untuk coordinate persiapan Jelajah Reformasi 2.0 kepada tukang balaci PKR si AKMAL NASIR dengan si HIDAYAT.  Mat PK tahu ramai dah berbulu dengan si RAFIZI RAMLI dalam PKR. RAFIZI telah merangka dengan artistic nya program ini membuat  sticker kereta motor, tshirt, banner,  logo dan paling terbaik akan ada satu buku yang ditulis sendiri oleh si RAFIZI RAMLI dinamakan Reformasi 2.0 : Kembalikan keadilan,  Hentikan Kezaliman !. Hebat saudara RAFIZI RAMLI,  Mat PK salute dengan perjuangan separuh mati hang kepada insan bernama Datuk Seri ANWAR IBRAHIM. Tapi ingat ! ramai lagi yang bersaing untuk berlagak hero,  salah seorangnya si AZMIN ALI yang berjuang lebih dari separuh mati tapi belum mampus ! Tapi kenapa hulubalang-hulubalang ini bertindak sedemikian. Memanglah semuanya kaki jilat tapi motif utamanya untuk merebut jawatan Ketua Pembangkang PAKATAN RAKYAT setelah Datuk Seri ANWAR IBRAHIM bakal meninggalkan jawatan tersebut dan memegang jawatan baru iaitu Adun Penjara KAJANG !.

GILA TALAK JAWATAN & PERJUANGAN MURNI HULUBALANG ANWAR

Belum habispun pilihanraya kecil KAJANG, pemimpin PKR sekarang melalak tentang Jelajah Reformasi 2.0. Puppet in the box - Datin Seri Dr. WAN AZIZAH tiada peluang lagi bermain dengan cucu barunya, tapi terpaksa menjadi mak turut perjuangkan suaminya yang kuat main touch & go ! Kesian Mat PK tengok dengan perjuangan Datuk Seri ANWAR IBRAHIM, sekali lagi kuli batak yang sewaktu dengannya kena naikkan momentum isu kes liwat II yang kian luput dimamah isu MH 370.  Tapi yang Mat PK sedihnya perjuangan-perjuangan ini bukannya tulus,  tapi lebih kepada mahu sesuatu yang ditimbal balik ! RAFIZI RAMLI pula menagih pengesahan sokongan direct dari Datuk Seri ANWAR IBRAHIM untuk fully support beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. NIK NADZMI NIK AHMAD pula sekarang duk pulun nak jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan. Datuk SAIFUDDIN pula dah penat sangat dah, dan lagipun sakit tunggu time saja, tapi yang Mat PK tahu sekarang dia pun sama duk deal dengan Tan Sri KHALID IBRAHIM,  you scratch my back,  i scratch yours !  Semua ini untuk merebut jawatan pada Kongres Nasional PKR pada bulan April 2014. 

PRK KAJANG & RAJA PROPAGANDA MALAYSIA & MASA DEPAN NEGARA

PRK Kajang yang akan berlangsung esok sememangnya akan berpihak kepada PKR,  majoriti kaum Cina masih menyokong kepada PKR dan PAKATAN RAKYAT.  Tapi wajar ingat saudara,  orang-orang Melayu perlu sedar akan siapa Datuk Seri ANWAR IBRAHIM. Jangan diperjudikan nasib negara ditangan individu ini.  Kepada Tan Sri Khalid, ini peringatan dari kami, Kajang Move untuk gulingkan kamu telahpun di reinitiate ! Kamu akan digulingkan oleh rakan-rakan kamu sendiri. Antara perancang utama adalah RAFIZI RAMLI,  Dato' SAIFUDDIN NASUTION dan Raja Propaganda si Datuk Seri ANWAR IBRAHIM ! Dato' SAIFUDDIN NASUTION jugalah individu yang membawa dokumen rasuah AZMIN ALI untuk diserahkan kepada seorang blogger terkenal di luar negara. Ingat AZMIN,  kamu juga dalam senarai orang-orang kamu sendiri.

PS : Kami di sini akan terus dedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam PKR dan PAKATAN RAKYAT, kepada yang menyokong terima kasih dan kepada yang tidak,  Lu PikiR LaSendirik ! Kami sisipkan satu video khas di tribute kepada insan  bernama Datuk Seri ANWAR IBRAHIM @ RAJA PROPAGANDA MALAYSIA !.  Kepada yang menyokong sebarkanlah cerita ini wajar umum faham siapa sebenarnya RAJA PROPAGANDA MALAYSIA !















1 comment:

  1. Kepala butoh la blog ni. berapa najib bayaq hang buat bende ni.

    ReplyDelete