Anwar allies :>

Anwar allies :>

Wednesday, 6 May 2015

TRIMA KASIH PAS PENANG ! KAMI SANJUNG PERJUANGAN ANDA ! ALLAHU AKHBAR !

Asssalamualaikum saudara sekalian !

Terima kasih kami ucapkan kepada sahabat kami dari PAS yang telah menyampaikan berita ini.  Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya jasa saudara.

Kami maklumkan di sini kepada semua khususnya pengundi-pengundi di Permatang Pauh dan orang-orang Melayu agar terus bangkit dan sedar ! Terima kasih kepada PAS kerana berani mengeluarkan arahan untuk TIDAK MENGUNDI NENEK BONEKA DR. WAN AZIZAH DI PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH !

Kami dari Merchant Square amat berterima kasih kepada PAS yang berani bangkit memperjuangkan agama dan bangsa ! Akan ada pihak yang akan persoalkan tindakan kami mengeluarkan surat ini tapi ianya adalah benar dan kami lakukan ini atas nama Allah S.W.T !

TRIMA KASIH KEPADA KEPIMPINAN PAS PULAU PINANG !
KAMI MENYOKONG 100 % TINDAKAN SAUDARA !



Monday, 4 May 2015

SKRIP RAHSIA PKR KEPADA PENGUNDI PERMATANG PAUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari mengundi semakin hampir, dan  memperlihatkan kehebatan calon bebas,  Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) memancing undi dengan pelbagai pendekatan.  Di sini kami akan dedahkan apa sebenarnya strategi kumpulan PKR menghasut pengundi Permatang Pauh !. Isu utama yang sedang dimainkan ialah perlaksanaan Good Services Tax (GST).  Skrip telah digubah dengan mendakwa GST dibuat hanya untuk membayar hutang negara dan bukannya untuk mewujudkan satu sistem cukai yang telus. Penceramah-penceramah PKR dibadutkan untuk menipu dengan mengatakan negara luar kini tidak mahu melabur di negara ini kerana kerajaan menanggung  beban hutang yang amat tinggi ! Setiap penceramah dan jentera penggerak PKR akan menggunakan skrip-skrip ini dan akan dimomokkan kepada pengundi-pengundi melalui ceramah kelompok atau dari rumah ke rumah.

ISU ANWAR DIFITNAH BUAT KALI KEDUA ?

Isu kedua yang disensasikan oleh jentera dan penceramah PKR ialah skrip lapuk dengan mengatakan Anwar Ibrahim telah difitnah dan tidak bersalah atas tuduhan liwat.  Sasaran utama PKR ialah golongan muda dengan cuba menanamkan fikiran mereka tentang siapa Anwar Ibrahim yang telah menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan merupakan hero di masa lampau di kala PAS berada dalam BN.  Sejarah-sejarah Anwar sebagai Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan akan dicanangkan kepada rakyat supaya segala keburukkan Anwar dikaburi.  Apa yang menarik, skrip PKR menyebut Anwar telah dipecat pada tahun 1998 hanya disebabkan tindakannya menentang Tun Mahathir yang mahu menggunakan duit kerajaan untuk membantu syarikat anaknya Mirzan Mahathir ! Walhal sebab utama Anwar dipecat dari menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah disebabkan beliau sebenarnya adalah BAPAK PELIWAT NEGARA !

Skrip juga menyebut tentang peranan Dr Wan Azizah yang telah menggalas tugas Anwar Ibrahim dan dikatakan mempunyai karisma sifat memimpin secara terbuka dan lembut serta memberi peluang kepada generasi muda untuk memimpin.  Realitinya Dr Wan Azizah adalah seorang nenek boneka   di dalam PKR yang ditolak ke kiri dan ke kanan untuk meraih simpati rakyat ! Isu-isu ini akan terus dimainkan secara berterusan di pilihanraya kecil Permatang Pauh bagi mengheret pengundi memihak kepada PKR semasa hari mengundi. Jentera PKR juga diwajibkan untuk menyebarkan dakyah sonsang iaitu 'Undi Suhaimi sama seperti undi GST,  Tak nak GST,  wajib undi PKR'.

AGENDA HUDUD MUSUH UTAMA PKR

Namun demikian,  PKR amat gusar apabila isu Hudud disentuh ! Skrip direncanakan jika perkara ini diajukan kepada penceramah atau jentera PKR,  jawapan utama yang perlu dibalas ialah PKR mengambil pendekatan Sheikh Dr. Yusuf Qardhawidi dalam Kesatuan Ulama’ Sedunia bahawa  hudud bukanlah perkara utama yang perlu dititikberatkan di dalam syariat Islam (fiqh Al-Awlawiyyat).

PKR sebaliknya akan menuding jari kepada Umno dengan mendakwa sengaja mensensasikan isu hudud untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.  PKR cuba mengalihkan tumpuan pengundi dengan mengatakan sasaran utama adalah menumbangkan BN dan bukannya perlaksanaan hudud. Isu hudud adalah sebenarnya perkara yang telah lama dibincangkan dalam Pakatan Rakyat, dan isunya PAS mahu melaksanakan hudud di Kelantan, tetapi mendapat tentangan hebat dari DAP dan PKR ! 

Arahan telah diberikan kepada penceramah PKR untuk mengelak dari bercakap tentang isu hudud di ceramah kelompok dan ceramah umum. Lihatlah bertapa sengkeknya fahaman PKR yang berpaksikan ketua DAP dalam cuba menidakkan perlaksanaan hudud di Kelantan !  PKR lebih berminat untuk berpihak kepada DAP, dan menentang bangsa dan seagama sendiri seperti PAS !

video



PS : Kepada pengundi Permatang Pauh,  renungkan sejenak video di atas sebelum memilih siapa yang lebih layak memegang jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh.  Ingatlah akan ada bangsa Melayu yang mengkianati bangsanya sendiri dan bersekongkol dengan agenda bangsa lain yang hanya untuk memecahbelahkan orang Melayu itu sendiri ! kumpulan ini perlu dijauhi dan ingatlah bangsaku,  perjuangan ini masih belum selesai !