Anwar allies :>

Anwar allies :>

Tuesday 12 July 2016

Hala tuju 3 M (Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz) makin celaru !

Berita yang tidak mengejutkan bagi rakyat Malaysia dengan pemecatan dua ikon veteran UMNO Muhyiddin dan Mukhriz yang telahpun menjadi petualang dan mengimarahkan perjuangan songsang gerakan celaru bersama puak PakaTun.

Muhyiddin berkata beliau tidak akan membuat rayuan meskipun mendakwa keputusan menggantung jawatannya sehingga ke pemecatannya tidak berlandaskan Perlembagaan parti.
Hairan juga seorang TOTOK UMNO boleh menyalahkan UMNO sedangkan tindakan dia yang kini menjadi pencacai pihak pembangkang tidak pula dia sedar! Perlembagaan parti selama ini dia masih tidak faham? Atau terkejut tak disangka ini padahnya bila ahli parti cuba meruntuhkan benteng ‘kekeluargaan’ UMNO!

Rangkaian 3M penentang Najib sudah merancang menjatuhkan PM sekian lama namun TIDAK BERHASIL HINGGA KINI ! Apa masalah mereka tidak dapat mencapai yang dihajati? Pertama gerakan mereka sama seperti apa yang mereka lakukan pada masa pentadbiran Paklah bila perdana menteri pada masa itu tidak mendengar nasihat Mahathir. Tetapi berbeza, 3M mengangap lawan mereka lemah tetapi kali ini mereka bertemu buku dengan ruas.

Kedua, serangan Muhyiddin dan Mahathir tumpul apabila mereka dibelenggu kecacatan strategi bila tandatangan 1 juta rakyat Malaysia dipalsukan hanya untuk menunjukkan rakyat menolak Najib. Tenggelam timbul si Ratu Naga membuat kenyataan mempertahankan diri kononnya beliau tidak mengenali Mahathir dan tidak terlibat dalam kumpulan tersebut. Muhyiddin pula tidak berbunyi di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana malu kerana skandalnya dengan bini orang telah dilondehkan. Zaman Paklah bolehlah Mahathir berlagak hebat, tetapi kini Mahathir dilihat seperti kehilangan taring dan hanya menjadi alat tukang Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan.

Mukhriz dan Muhyiddin mengumumkan hasrat mereka berkenaan platform politik baru yang bakal digunakan mereka. Sudah tentu untuk mencapai hasrat memegang jawatan tertinggi parti, kewujudan sebuah parti baru akan terhasil. Sebenarnya Muhyiddin telah lama bergerak untuk mencari sokongan dari dalam Umno untuk memecahbelahkan parti demi perjuangan mereka yang semakin malap. Semua langkah telah dibuat, tetapi PM masih sukar ditumbangkan, langkah terakhir adalah membuat satu parti baru dan bergabung dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan kerajaan !

Nama Muhyiddin juga takkan nak menerima jawatan anak ikan seperti yang ditawarkan Rafizi dan Saifuddin untuk menyertai PKR ! Ramai juga kalangan PAN yang mahukan 3M menyertai kumpulan mereka namun 3M mempunyai perancangan sendiri untuk memecahbelahkan Melayu dalam Umno.

Mahathir akan menjadi penaung parti barunya, Muhyiddin akan menjadi kepalanya dan mereka akan cuba menghasut hati orang Melayu untuk membenci kerajaan sama seperti apa yang sedang dilakukan oleh DAP LAKNAT, PKR dan PAN yang strateginya dari dahulu sehingga sekarang berkempen menghasut rakyat dan tidak mempunyai agenda membangunkan negara !


Apa yang sedang 3M mahupun Pakatan gerakkan tidak akan mendapat sokongan majoriti rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu yang kian sedar, 3M bukan memperjuangkan nasib rakyat tetapi hanya untuk survival kroni-kroninya dan Mahathir pula yang sentiasa menganggap dirinya perlu dituruti kini menjadi boneka alat untuk memecah belahkan orang Melayu !

Lu Pk La Sendirik !

No comments:

Post a Comment