Anwar allies :>

Anwar allies :>

Sunday 15 March 2015

SURAT KEPADA AGONG DARI KUMPULAN PENDESAK PEMBEBASAN PELIWAT NO. 1 NEGARA - ANWAR IBRAHIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tanpa berputus asa! Yang ternyata kumpulan pendesak pembebasan kaki liwat negara - Anwar Ibrahim sedang merangka strategi untuk membebaskan dirinya !

Segala perancangan telah dirancang dari akhir bulan Febuari oleh kumpulan pendesak pembebasan Anwar dengan menyusun atur strategi demi strategi dengan mengheret rakyat turun berdemonstrasi di jalanraya. Kumpulan pendesak pembebasan Anwar juga mencuba sedaya upaya mempengaruhi minda rakyat dengan sogokan maklumat palsu dengan propaganda bahawa Anwar Ibrahim telah difitnah oleh badan kehakiman negara.


ANWAR'S PARDON PETITION !

Tiga ahli keluarga Anwar Ibrahim,  iaitu Datin Seri Wan Azizah dan dua orang anaknya iaitu Nurul Izzah dan Nurul Nuha telah menghantar satu petisyen kepada Agong untuk mendapatkan pengampunan Diraja.

Berikut kami senaraikan maklumat-maklumat yang terkandung dalam surat tersebut :-

  1. Perancangan awal Anwar sebenarnya untuk melarikan diri ke luar negara dan mendapatkan suaka politik di negara yang memberikan tawaran tersebut. TRIO Anwar (ibu dan anak-anak Anwar) menulis KONONNYA 'hamba tua ayah patik', sanggup menolak tawaran suaka politik di luar negara kerana mahu memberi peluang kepada Mahkamah Persekutuan menjalankan tanggungjawab untuk memutuskan secara adil. TRIO yakin bapanya tidak bersalah dan berulang kali menyebutnya di dalam surat.
  2. Shafee Abdullah pula dituduh sengaja menyerang Anwar melalui program jelajah seluruh negara yang mendedahkan keterangan secara terbuka (in camera) untuk tontonan Rakyat. Ini dikatakan bertentangan dengan tatatertib tetapi ADAKAH PKR MENGIKUT TATATERTIB YANG BETUL...fikir-fikirkan ? PKR pun menjelajah dan menjaja keburukan kerajaan dan terbaru mendakwa Perdana Menteri Malaysia dan badan kehakiman negara adalah syaitan !. Kalau boleh seluruh dunia PKR nak canang yang Anwar tak bersalah!
  3. Surat juga menyebut tentang seorang ulama tersohor Sahibul Sheikh Yusuf Al Qaradawi merangkap Pengerusi Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam  mengatakan kes Anwar adalah semata-mata bertujuan menjatuhkan maruah peribadi dan bukan mencari kebenaran. Persoalan di sini siapakah yang membuat siasatan kes Anwar? Adakah Yusuf Al Qaradawi terlibat membuat siasatan kes liwat Anwar Ibrahim ?
  4. PKR menyebut pelbagai institusi kehakiman antarabangsa dari pelbagai negara termasuk negara Eropah, Australia, America, United Kingdom, Jerman, New Zealand dan Switzerland mengkritik keputusan kehakiman Malaysia.  Fikirkan saudara ! tidak ada satu negarapun yang menceritakan tentang detail-detail fakta tentang perbicaran kes liwat Anwar Ibrahim,  sebaliknya hanya menyatakan ianya adalah KONSPIRASI ! KONSPIRASI ! KONSPIRASI !.  Jelas ini menunjukkan negara luar negara hanya menuduh kes ini adalah konpsirasi dan bukannya menjelaskan tentang maklumat-maklumat kes tersebut !

APA SEBENARNYA PERJUANGAN KUMPULAN PENDESAK PEMBEBASAN ANWAR INI !

Saudara nilaikan sendiri,  perjuangan mereka adalah hanya untuk mendapatkan simpati rakyat dan kemudiannya mengheret rakyat berdemonstrasi sekaligus mewujudkan keadaan tidak tenteram di dalam negara. 

Anwar Ibrahim sememangnya merancang melarikan diri  ke luar negara untuk mengelak dari menerima hukuman dan sebaliknya meneruskan rancangan menghentam negara melalui proksi-proksinya di luar negara.  Tetapi beliau sendiri mengambil keputusan untuk tidak berbuat demikian dan menyerahkan keputusan kepada mahkamah.

Tetapi selepas didapati bersalah,  Anwar Ibrahim telah bersedia dengan perancangan 'backup' beliau apabila kumpulan mereka (seperti Rafizi Ramli,  Saifuddin Nasution, Rahim Ghouse) merencanakan satu dokumen yang merangka strategi untuk pembebasan Anwar dari penjara ! Dokumen ini WUJUD ! kerana kami sendiri terlibat dalam menyediakannya.



Surat pengampunan Di Raja lebih kepada menconteng arang di muka mereka sendiri apabila menceritakan tentang rancangan untuk melarikan diri dan setelah keputusan mahkamah diketahui,  mereka menggerakkan tekanan kepada kerajaan untuk mendesak Anwar Ibrahim dibebaskan !

Perdana Menteri,  kerajaan dan badan kehakiman dipersalahkan dan dituduh  adalah syaitan walhal PKR sendiri adalah amat licik menipu dan mempropagandakan keadaan untuk mengheret rakyat demi kepentingan Peliwat Nombor 1 Negara - Anwar Ibrahim !






No comments:

Post a Comment