Anwar allies :>

Anwar allies :>

Thursday 30 May 2013

Post Moterm Suara Rakyat 505 & janji kami kepada Datuk Mangkuk Seri Anwar Ibrahim


Salam 1 Malaysia...

Program Suara Rakyat 505 pada 25 MEI 13 telahpun selesai.  Secara keseluruhan ianya seakan menggambarkan kononya kumpulan NGO Suarat Rakyat 505 mendapat sokongan rakyat.  Tapi pada hakikatnya ianya jauh meleset dengan kegagalan Badrul Hisham Shaharin (Chegubard)  mengembeling dan mendapatkan sokongan.

Persoalannya !  jika diamati perhimpunan lebih kepada tepekik telalak Chegubard dalam menjadi pengacara majlis.  Budak sekolah menengah berpidato pun lebih baik jika dibandingkan dengan Chegubard.  Jelas kumpulan ini lebih banyak bercakap dan berani mengugut tapi kecut teloq apabila tekanan diberikan oleh pihak Polis.  Hasilnya,  Haris Ibrahim dari Asalkan Bukan Umno (ABU) yang dulu nya mengajak rakyat turun ke jalanraya,  tapi sekarang tarik gear satu pasal sudah ketaq kepala lutut.  Nah,  bukan sahaja itu,  Datuk Seri Mangkuk Anwar yang dulunya cakap ada bukti bertimbun-timbun,  tapi menukar gear reverse dengan menyeru rakyat supaya ramai-ramai membuat laporan Polis mengenai dakwat kekal yang digunakan semasa pilihanraya yang lepas.

Sebenarnya,  baik perhimpunan Blackout 505 atau Suara Rakyat 505,  ianya tidak mendapat sambutan beberapa kumpulan,  Antara yang jelas menentang adalah dari ahli dan pemimpin PAS.  Mereka nyata tidak mahu terlibat dalam perhimpunan ekstrem yang dilakukan oleh Mangkuk Anwar,  tetapi disebabkan terpaksa mengikut telunjuk Anwar,  mereka hadirkan diri.  Tapi disudut hati mereka,  ramai yang tidak menyokong program sebegini kerana PAS bukan parti yang mahu turun ke jalanraya sebaliknya mengiktiraf keputusan pilihanraya yang lepas.

MAT PK tahu pada asalanya group Chegubard ni susah nak dapat sokongan untuk tarik crowd.  Sebab tu pada 19 Mei 2013,  satu mesyuarat antara kumpulan aktivis NGO mahukan kerjasama dibuat dengan kumpulan-kumpulan yang menyokong seperti kumpulan Blackout 505 iaitu yang diketuai oleh Anwar.   Chegubard sedar tanpa Anwar,  NGO Suara Rakyat 505 akan kelihatan lekeh dan tidak boleh berdiri sendiri dan lebih teruk dari itu gagal menarik sokongan untuk hadir ke program tersebut.  DAP pula hanya 50-50 sokongan kerana mereka lebih suka melihat orang-orang Melayu khususnya PAS dan PKR bergaduh sesama sendiri.  MAT PK minta pembaca lihat apa yang berlaku disekeliling kita bila PAS bersorak untuk DAP dan orang Melayu PKR menyokong DAP.  Tapi antara PAS dan Melayu PKR pula saling tikam menikam.

Ramai yang tak menyedari dalam PKR sendiri sedang bergolak dengan ramai pemimpin mereka yang kini meletak jawatan dan keluar dari parti.  Tapi ini semua tidak diketahui umum,  dan ramai yang menganggap mereka kuat,  walhal sebaliknya semakin terhakis dari dalam.  Lepas ni, insyallah MAT PK akan cerita banyak lagi apa yang sebenarnya berlaku dalam PKR.  Sekadar untuk memberitahu apa yang sebenar realiti dan apa yang cuba disorokkan oleh individu bernama Datuk Mangkuk Seri Anwar Ibrahim.

Pakatan Rakyat sering canangkan mereka mendapat kelebihan undi majoriti,  tetapi adakah mereka mewawarkan tentang undi orang Melayu ke atas Pakatan Rakyat.  Sebenarnya kalau diamati,  undi orang Melayu ke atas Datuk Seri Mangkuk Anwar dan Pakatan Rakyat adalah merosot sama sekali.  Sebanyak 88 Parlimen dari 222 kawasan Parlimen telah dimenangi oleh Umno.  Ini menunjukkan Pakatan Rakyat masih gagal untuk menarik sokongan orang Melayu dalam pilihanraya yang lepas.  Alhamdulillah,  MAT PK  bersyukur orang Melayu masih sayangkan Umno / Barisan Nasional.  

Tapi ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim Mangkuk! kami tahu kerja kamu,  kami tahu dengan siapa kamu berdamping,  dengan siapa rakan kenalan kamu dan rahsia-rahsia jelek kamu.  Kami akan dedahkan satu persatu,  dan cukup-cukuplah kamu racuni pemikiran rakyat tapi kamu jangan rancuni lagi pemikiran orang Melayu.  Kami akan bangun dan kami akan pertahankan maruah orang Melayu.  Ingat ! selagi kamu wujud di dunia ini,  kami akan tentang kamu habis-habisan,  kerana kamu adalah sehina-hina orang Melayu dalam dunia ini dan kebenaran akan terbukti kerana kamu telah terlalu banyak menipu dan merosakkan orang Melayu sendiri !

Pada Datuk Mangkuk Seri Anwar Ibrahim... LU PIKIR LA SENDIRIK BAIK-BAIK KEH ! itu janji MAT PK !





No comments:

Post a Comment