Anwar allies :>

Anwar allies :>

Friday 5 July 2013

STOP POLITIKING...!!!!

SALAM 1MALAYSIA


ALHAMDULLILAH dalam beberapa hari lagi seluruh umat ISLAM akan menyambut kehadiran RAMADHAN AL-Mubarak Insyallah pada 10 Julai 13....sehubungan dengan itu MAT PK rasa ade eloknya MAT PK behenti rehat sebentar dari membuat pendedahan-pendedahan panas di bulan yang mulia bagi memberi fokus dalam mengerjakan ibadat di bulan Ramadhan..

Kepada penyokong2 kerajaan mahupun pembangkang ayuhlah kita STOP daripada bercerita pasal politik..kita fokus untuk mencari ketenangan di bulan Ramadhan dengan mencari keredhaanNYA...banykkan beramal ibadah...NO POLITIKing, NO maki2, NO kutuk2...

Marilah kita semua menghidupkan Ramadhan dengan melakukan perkara yang disukai oleh RASULLULAH SAW...seperti:-

memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan:

"Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari)

Membaca al-Quran. Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: "... bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan,

"Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa."

Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)


Qiamullail, disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
(Hadis riwayat Bukhari)

Solat tarawih, Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

Oleh yang demikian, marilah kita sama sama merebut ganjaran yang disediakan / dijanjikan oleh Allah di dalam bulan Ramadhan ini dengan mengimarahkan Surau kita. INSYALLAH...


 p/s:
kepada calon2 yang bertanding di PRK DUN HULU TERENGGANU jaga kelakuan anda semasa berkempen di bulan Ramadhan...tambah PAHALA jangan tambah DOSA.....



No comments:

Post a Comment